Kekurangan zat di Gaza membimbangkan

GENEVA – Kadar kekurangan zat di Gaza kini berada pada tahap amat membimbangkan susulan sekatan sengaja terhadap bantuan kemanusiaan yang  turut mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberi amaran itu dalam satu kenyaraan itu berkata, kematian yang ketara direkodkan pada Julai,

Daripada 74 kematian yang dikaitkan dengan kekurangan zat sepanjang tahun ini, sebanyak 63 kes berlaku pada Julai termasuk 24 kanak-kanak bawah lima tahun, seorang kanak-kanak berusia lebih lima tahun dan 38 orang dewasa.

Kebanyakan mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di fasiliti kesihatan atau tidak lama selepas itu dengan tubuh mereka menunjukkan tanda-tanda jelas kekurangan zat makanan yang teruk.

“Krisis ini sebenarnya boleh dicegah sepenuhnya. Sekatan dan kelewatan bantuan makanan, perubatan dan kemanusiaan berskala besar yang disengajakan telah meragut banyak nyawa,” kata agensi kesihatan PBB itu.

WHO menegaskan tindakan berterusan perlu untuk ‘membanjiri’ Semenanjung Gaza dengan bekalan makanan pelbagai dan berkhasiat, penghantaran segera bekalan terapeutik untuk kanak-kanak serta kumpulan rentan, selain ubat-ubatan dan keperluan asas lain.

Agensi PBB itu turut mendedahkan hampir seorang daripada lima kanak-kanak bawah lima tahun di Bandar Gaza kini mengalami kekurangan zat akut, berdasarkan data rakan kerjasama dalam Kumpulan Pemakanan (Nutrition Cluster).

Nnnn

Related posts

Leave a Comment