Kes di Arab Saudi 170,639

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 3,372 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 170,639.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 5,085 kes sembuh menjadikan 117,882 kes pulih sementara 1,428 meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Sebanyak 51,325 kes aktif manakala 2,206 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Riyadh mencatatkan penurunan kes harian sejak beberapa hari lalu dengan 241 kes berbanding minggu sebelumnya sehingga mencecah lebih 2,000 kes.

Kali ini Dammam mendahului dengan 333 kes, diikuti Makkah 331, Hafouf 304, Al Qatif 304, Riyadh 241, Jeddah 218 dan  Hafr Albatin 143.

Related posts

Leave a Comment