Kadar kebolehjangkitan 1.00

PUTRAJAYA 20 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik lagi kepada 1.00 berbanding 0.99 pada hari sebelumnya dan 0.98 pada Isnin.

Tujuh negeri merekodkan kadar sama atau melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09 diikuti Negeri Sembilan, Johor dan Kedah yang masing-masing merekodkan 1.04 dan Melaka 1.03.

Selangor dan Sabah pula masing-masing mencatatkan kadar 1.00.

Sementara itu Pahang mencatatkan 0.98, Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing 0.96, Pulau Pinang 0.94, Kelantan 0.92, Sarawak 0.82 dan Terengganu 0.78.

Perlis pula merekodkan sembilan kes dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan enam kes.

Related posts

Leave a Comment