19 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 16 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,781 orang, daripada 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, enam kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,785 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada  jumlah itu, 33,214 individu atau 81.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,100 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,278 kes dirawat di hospital dan 193 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 90 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment