12 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 15 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam menjadikan jumlah keseluruhan 31,762 orang, daripada 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,558 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 33,075 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,984 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,295 kes di hospital dan 204 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 109 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 95 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment