Kanak-kanak Brazil divaksinasi

BRAZIL memulakan program vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun semalam (Jumaat) seminggu selepas ia ditangguhkan.

Ia susulan keengganan kerajaan persekutuan menyokong langkah imunisasi bagi melindungi kanak-kanak daripada Covid-19.

Pada 16 Disember 2021, pengawal selia kesihatan negara tersebut meluluskan penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Bagaimanapun , keputusan tersebut tidak dipersetujui Presiden Jair Bolsonaro yang sejak itu mempertahankan pendirian tidak memberi vaksin kepada kanak-kanak.

Malahan beliau tidak membenarkan anak perempuannya yang berusia 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin.

Menurut Bolsonaro, terdapat kesan sampingan yang teruk sekiranya kumpulan ini menerima vaksin.

Bagaimanapun, kajian yang diterbitkan pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat pada Disember lalu mengesahkan kesan sampingan terhadap kumpulan itu jarang berlaku.

Setakat Jumaat, hanya enam daripada 27 daerah di Brazil sudah menerima bekalan vaksinasi untuk kanak-kanak.

Related posts

Leave a Comment