Indonesia lapor 1,054 kes

JAKARTA 15 Jan. – Selepas menunjukkan penurunan kes menjelang Disember lalu, Indonesia hari ini melaporkan 1,054 kes Covid-19 iaitu jumlah kes harian tertinggi dalam masa tiga bulan. Negara  itu berdepan dengan gelombang kedua paling teruk pada bulan Julai, disebabkan oleh penularan varian Delta. Sebelum ini jumlah kes harian turun kepada sekitar 200 menjelang Disember, sebelum naik semula pada bulan ini di tengah-tengah penularan varian Omicron di dalam negeri. Menteri Kesehatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata, penularan tempatan sudah dikesan dan Jakarta sudah menjadi kelompok jangkitan. “Kita perlu menyelaras dengan pemerintah…

Read More

36 kes Omicron di Sarawak

KUCHING 15 Jan. – Varian Covid-19 Omicron dikesan di empat bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sibu dan Kapit dengan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 36 kes Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera, berkata sebahagian besar kes itu membabitkan penularan dalam komuniti. Menurutnya, varian Omicron amat mudah menular khususnya dalam kalangan masyarakat dan semua pihak harus lebih berhati-hati terutama ketika menyambut perayaan Tahun Baharu Cina akan datang. “Prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam perlu dipatuhi dengan ketat dan perhimpunan komuniti perlu…

Read More

3,074 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 15 Jan. – Sebanyak 3,074 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat pukul  12 tengah hari ini, berkurangan berbanding 3,346 semalam menjadikan kes jangkitan keseluruhan sebanyak 2,805,337, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada jumlah kes yang dikesan, 3,044 kes atau 99 peratus membabitkan kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Sebanyak 30 kes atau satu peratus adalah kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal. Mengulas lanjut mengenai kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata ia terdiri…

Read More

Kes Saudi turun sedikit

RIYADH 15 Jan. – Selepas merekodkan 5,628 kes, angka harian tertinggi semalam, jumlah yang direkodkan hari ini turun sedikit kepada 5,281 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 609,953 Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula kekal dua orang seperti semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,905 orang. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 561,542 orang selepas 2,996 lagi dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam. Sementara itu dalam kalangan kes aktif, sebanyak 310 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal. Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga merekodkan 53 juta dos vaksin sudah didaftarkan.

Read More

Kes harian Thailand berkurangan

BANGKOK 15 Jan. – Thailand merekodkan 7,793 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, berkurangan berbanding 8,158 yang direkodkan semalam dan 8,167 kes pada hari sebelumnya. Bagaimanapun jumlah kematian pula menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 18 orang berbanding sebelumnya 15 meninggal dunia di mana 16 melibatkan warga Thai serta masing-masing seorang dari Britain dan Amerika. Dengan tambahan kes itu, jumlah keseluruhan kes kini 2,316,408 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 21,916 orang. Daripada  7,793 kes baharu, sebanyak 7,523 adalah jangkitan tempatan dan 270 kes import. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu…

Read More

Filipina catat peningkatan kes harian

MANILA 15 Jan. – Filipina terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 39,004 kes baharu sehingga pukul 4 petang ini dengan jumlah kematian 43 orang. Ini merupakan hari keempat berturut-turut Filipina merekodkan lebih 30,000 kes harian, bermula 12 Januari 32,246, 13 Januari (34,021), dan semalam 14 Januari (37,207). Sebelum itu, 10 Januari sebanyak 33,169 kes direkodkan. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 3,168,379 manakala jumlah yang meninggal dunia pula adalah 52,858 Sebanyak 23,613 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

Brunei tambah 26 tempatan 9 import

BERAKAS 15 Jan. – Sebanyak 35 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan di Brunei Darussalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,860 orang. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, daripada jumlah tersebut, 26 adalah kes tempatan, manakala sembilan  adalah kes import. “Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,120  jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.7 peratus,” katanya. Menurut Dr. Md Isham, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, satu kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 1.00

PUTRAJAYA 15 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian kekal kepada 1.00 semalam. Enam negeri merekodkan kadar Rt tertinggi melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1.08, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.05, Melaka 1.02, Negeri Sembilan 1.01, dan Selangor 1.00. Johor merekodkan 0.99, Pulau Pinang 0.96, Kedah 0.06, Pahang 0.94, Perak 0.93, Kelantan 0.91 dan Terengganu 0.80. Sementara itu Perlis merekodkan 15 kes, Sarawak 13 dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak lapan kes.

Read More

25.6 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 15 Jan. – Sebanyak 78.6 peratus atau 25,674,070 daripada populasi keseluruhan telah lengkap vaksinasi Covid-19 manakala 79.7 peratus atau 26,042,410 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data melalui laman COVIDNOW, seramai 22,901,050 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa sudah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 99 peratus atau 23,181,492 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, seramai 2,860,918 individu atau 90.9 peratus populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 2,773,020 individu atau 88.1 peratus lengkap vaksinasi. Bagi dos penggalak pula, setakat semalam, sebanyak 27.7 peratus…

Read More