50 kes Covid-19 kanak-kanak

KOTA KINABALU 12 Jan. – Hampir 20 peratus atau 50 daripada 253 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini semalam membabitkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kata Jurucakap perkembangan harian Covid-19, Masidi Manjun.

Justeru, beliau berharap, semua ibu bapa juga guru mengambil langkah serta inisiatif supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan ke atas mereka yang masih belum layak menerima vaksin.

Dalam kenyataannya malam tadi, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II berkata Sabah merekodkan empat kes kematian dengan masing-masing satu di Tawau, Pitas, Tambunan dan Kota Belud.

Bilangan pesakit sembuh adalah 288 orang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 235,692 orang.

Seramai 748 pesakit menerima rawatan iaitu 419 orang di hospital, 327 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua di Pusat Tahanan Sementara

Related posts

Leave a Comment