438 kes baharu Omicron di Singapura

SINGAPURA 12 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura mengesan 438 kes baharu varian Omicron semalam di mana 159 adalah jangkitan tempatan dan 279 lagi kes import.

Menurut MoH, sebanyak 846 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat 12 tengah hari  semalam berbanding 750 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 287,243.

Terdapat 446 kes baharu dalam masyarakat dan 400 kes import manakala jumlah kematian kekal 838 selepas tiada kematian baharu direkodkan.

Sementara itu, seramai 165 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 169 semalam dan daripada jumlah itu, 17 orang memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 11 dipantau rapi di ICU.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 529 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment