Penerima dos penggalak kini 7,696,037

PUTRAJAYA 9 Jan. – Sebanyak 122,667 individu menerima dos penggalak semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 7,696,037 orang atau 23.6 peratus.

Sehingga malam tadi, sebanyak 78.5 peratus daripada populasi keseluruhan atau 25,645,200 telah mendapat dos lengkap manakala 79.7 peratus atau 26,021,274 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, 97.7 peratus atau 22,879,927 melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.9 peratus atau 23,165,398 lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.9 peratus atau 2,765,273 telah melengkapkan dua dos manakala 90.8 peratus atau 2,855,876 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 124,994 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 59,161,467.

Related posts

Leave a Comment