Vaksinasi catat 250,529 dos sehari

PUTRAJAYA 23 Jun – Sebanyak 250,529 dos suntikan diberikan semalam, rekod vaksinasi harian tertinggi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ia melibatkan 190,244 individu menerima dos pertama manakala 60,285 individu menerima dos kedua.

Angka suntikan itu menghampiri sasaran vaksinasi harian 300,000 yang ditetapkan kerajaan pada bulan Ogos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV),  seramai 1,727,042 individu melengkapkan dua dos vaksin dan 4,574,685 individu menerima dos pertama.

Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 6,301,727.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi adalah Kuala Lumpur 792,013, diikuti Sarawak (721,653); Selangor (700,693); Johor (394,956); Sabah (342,002); dan Perak (291,559).

Sebelum ini Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan menyasarkan lebih 200,000 orang akan menerima suntikan sehari bermula Julai, dan ditingkatkan kepada lebih 300,000 sehari mulai Ogos.

Related posts

Leave a Comment