Bahtera Kinabalu sumbang 20 kes

KOTA KINABALU 2 Jan. – Kluster Bahtera Kinabalu menyumbang 20 kes jangkitan Covid-19 semalam menjadikan daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi dengan mencatatkan 56 kes.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata Sabah mencatatkan 264 kes baharu iaitu peningkatan sebanyak 33 kes berbanding pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 240,796 kes.

Mengulas lanjut mengenai trend kes mengikut daerah, Masidi berkata jumlah daerah yang merekodkan peningkatan kes dan penurunan kes agak setara iaitu masing-masing sebanyak 11 daerah.

Masidi berkata, tiada sebarang kematian direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), semalam.

Katanya, seramai 150 dilaporkan sembuh manakala seramai 642 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 327 orang di hospital, 314 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan seorang di fasiliti swasta.

Related posts

Leave a Comment