Singapura tambah 456 kes baharu

SINGAPURA 1 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 456 kes baharu Covid-19 dan seorang meninggal dunia setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 279,861 dan 829 kematian Sebanyak 155 kes varian Omicron disahkan hari ini – 27 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 128 adalah kes import. Daripada 456 kes itu, sebanyak 187 adalah kes baharu dalam masyarakat, lapan kes asrama pekerja asing dan260 kes import. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.85, meningkat berbanding 0.82 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding…

Read More

Dos penggalak Sinovac aktif imuniti

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Keputusan awal kajian yang dijalankan Universiti Katolik Pontifikal di Chile (UC) menunjukkan dos penggalak vaksin Covid-19 Sinovac boleh mengaktifkan imuniti selular terhadap varian Omicron, ke atas subjek yang menerima dua dos vaksin primer yang sama sebelum ini. Kajian yang diketuai Pengarah Institut Milenium Imunologi dan Imunoterapi Prof Dr. Alexis M. Kalergis itu, adalah untuk menilai sama ada imuniti yang diaktifkan oleh dos penggalak vaksin Covid-19 Sinovac dapat mengenal pasti varian baharu, Omicron. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pharmaniaga hari ini, beliau berkata mereka yang disuntik dengan…

Read More

Arab Saudi catat 846 kes baharu

RIYADH 1 Jan. – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes harian jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 846 kes, hari kedua melepasi angka 800 selepas 819 yang direkodkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, satu lagi kematian direkodkan, berbanding dua orang meninggal dunia semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 557,082 dengan 8,878 kematian. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 542,115 orang apabila 239 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala dalam kalangan kes aktif, sebanyak 61 orang dalam keadaan kritikal.

Read More

Malaysia catat 3,386 kes baharu

PUTRAJAYA 1 Jan. – Sebanyak 3,386 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari pertama 2022 menjadikan jumlah keseluruhan 2,761,472 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdpat 346 kes import yang meliputi 330 warganegara dan 16 bukan warganegara. Daripada jumlah 3,040 kes tempatan, sebanyak 2,895 adalah warganegara (95.2%); manakala 145 bukan warganegara (4.8%). Dalam kenyataannya beliau memberitahu sebanyak 3,547 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,688,925. Sebanyak 273 orang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 202 kes disahkan Covid-19; 71 kes disyaki, kemungkinan,…

Read More

Kes harian di Filipina meningkat

MANILA 1 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini iaitu 3,617 berbanding 2,961 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,847,486 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 97.6 peratus daripada keseluruhan kes telah sembuh. 2,961 Hari ini 468 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,778,567 orang pulih. Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,545 orang apabila 43 lagi individu dilaporkan meninggal dunia. Setakat ini, kes aktif pula adalah sebanyak 17,374, menunjukkan peningkatan berbanding 14,233 yang dilaporkan semalam.

Read More

Thailand catat 3,011 kes jangkitan

BANGKOK 1 Jan. – Sepuluh kematian Covid-19 dilaporkan dengan 3,011 kes jangkitan direkodkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini. Daripada jumlah kes itu, sebanyak 2,954 kes dalam kalangan orang awam termasuk 142 kes import dan 57 dalam kalangan banduan menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,226,446. Berbanding semalam, jumlah kematian yang direkodkan adalah 26 orang manakala 3,111 kes positif dilaporkan. Semalam, sebanyak 3,315 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,171,809 manakala jumlah kematian 21,708 orang. Sepuluh kematian yang direkodkan adalah lima lelaki dan lima…

Read More

Optimis 2022 ‘kalahkan’ Covid-19

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus,  optimis wabak Covid-19 akan ‘dikalahkan’ pada tahun ini dengan syarat semua negara bekerjasama untuk membendung penularannya. Bagaimanapun beliau turut memberi amaran terhadap ‘nasionalisme sempit dan pembolotan bekalan vaksin’ oleh sesetengah negara. Kenyataan tahun baharu 2022 itu dibuat dua tahun selepas WHO pertama kali dimaklumkan mengenai kes jangkitan radang paru-paru yang tidak diketahui di China. Kes global Covid-19 kini mencecah 287 juta, manakala hampir 5.5 juta orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak itu. Di seluruh dunia, orang ramai menyambut tahun…

Read More