Arab Saudi catat 846 kes baharu

RIYADH 1 Jan. – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes harian jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 846 kes, hari kedua melepasi angka 800 selepas 819 yang direkodkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, satu lagi kematian direkodkan, berbanding dua orang meninggal dunia semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 557,082 dengan 8,878 kematian.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 542,115 orang apabila 239 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala dalam kalangan kes aktif, sebanyak 61 orang dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment