Thailand catat 3,011 kes jangkitan

BANGKOK 1 Jan. – Sepuluh kematian Covid-19 dilaporkan dengan 3,011 kes jangkitan direkodkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini.

Daripada jumlah kes itu, sebanyak 2,954 kes dalam kalangan orang awam termasuk 142 kes import dan 57 dalam kalangan banduan menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,226,446.

Berbanding semalam, jumlah kematian yang direkodkan adalah 26 orang manakala 3,111 kes positif dilaporkan.

Semalam, sebanyak 3,315 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,171,809 manakala jumlah kematian 21,708 orang.

Sepuluh kematian yang direkodkan adalah lima lelaki dan lima wanita berumur antara 38 dan 87 tahun, dan kesemua adalah warganegara Thailand.

Enam kematian direkodkan di Selatan iaitu dua di Trang dan satu di Krabi, Phangnga, Satun dan Surat Thani manakala Bangkok dan Nakhon Sawan masing-masing satu kes dan Nakhon Ratchasima dua kes.

Bangkok merekodkan 399 kes baharu, diikuti Chon Buri 289, Ubon Ratchathani  254, Nakhon Si Thammarat 161, Khon Kaen 99, Maha Sarakham 81, Samut Prakan 75, 69 in Chiang Mai 69, Phuket 64 dan Rayong 59.

Sebanyak 142 kes import pula dari 37 negara termasuk ,23 dari Amerika Syarikat, 21 United Kingdom, 10 Emiriyah Arab Bersatu, lapan masing-masing dari Jerman dan India , tujuh masing-masing dari Finland, Perancis dan Rusia, enam dari Australia, empat Jepun, tiga masing-masing dari Sepanyol dan Switzerland.

Semalam sebanyak 32,929 orang menerima rawatan di hospital termasuk 583 kritikal dan 158 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment