Singapura tambah 456 kes baharu

SINGAPURA 1 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 456 kes baharu Covid-19 dan seorang meninggal dunia setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 279,861 dan 829 kematian

Sebanyak 155 kes varian Omicron disahkan hari ini – 27 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 128 adalah kes import.

Daripada 456 kes itu, sebanyak 187 adalah kes baharu dalam masyarakat, lapan kes asrama pekerja asing dan260 kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.85, meningkat berbanding 0.82 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 November berada di bawah 1.

Sementara itu, seramai 263 pesakit masih dirawat di hospital, susut sedikit berbanding 266 semalam.

Sebanyak 44 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enam kes dipantau rapi di ICU, empat sakit tenat di ICU.

Sementara itu, setakat Jumaat, 91 peratus penduduk Singapura yang layak – iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas – sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Related posts

Leave a Comment