Penerbangan batal akibat lonjakan Omicron

LONJAKAN kes Covid-19 melibatkan varian Omicron menyebabkan beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat termasuk United dan Delta membatalkan lebih 950 penerbangan pada Hari Krismas.

Setakat Ahad, sejumlah 656 penerbangan komersial keluar dan masuk AS dibatalkan, dengan lebih banyak pembatalan dijangka berlaku susulan 920 penerbangan tertunda.

Langkah itu diambil selepas lebih 600 penerbangan dibatalkan pada 24 Disember , susulan lonjakan kes Covid-19 melibatkan varian Omicron yang memberi kesan kepada kakitangan syarikat penerbangan berkenaan.

Pembatalan itu juga dibuat ketika Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan berkata, jumlah orang yang melakukan perjalanan percutian kini kembali ke tahap sebelum pandemik.

Data penjejakan penerbangan FlightAware menunjukkan 951 penerbangan domestik, ke dan dari AS dibatalkan setakat petang Sabtu.

Delta menyenaraikan 309 pembatalan penerbangan, United 240, Jet Blue 123 dan American Airlines 92.

Di seluruh dunia, lebih 2,600 penerbangan dilaporkan dibatalkan pada Sabtu.

Varian Omicron kali pertama dikesan pada November. Ia kini menyumbang satu per tiga daripada kes jangkitan Covid-19 di AS.

Related posts

Leave a Comment