SHAH ALAM 28 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tauliah mengajar agama Islam di Selangor yang diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selaras dengan titah Sultan Sharafuddin itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang telah dikeluarkan. Katanya, mana-mana tauliah yang telah diberikan kepada aktivis politik di negeri ini akan ditarik balik. Bagaimanapun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang memegang portfolio agama Islam…
Read MoreMonth: December 2021
2021 – Menangani Jenayah
Imbasan Harian Metro
Read MoreKadar kebolehjangkitan naik 0.93
PUTRAJAYA 28 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik lagi kepada 0.93 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya . Lima negeri menyamai atau merekodkan kadar lebih tinggi, didahului Terengganu dengan 1.00, satu-satunya negeri yang merekodkan kadar tersebut. Ini diikuti Johor 0.97, Pulau Pinang 0.94, Perak 0.94 dan Kedah 0.93. Negeri-negeri lain merekodkan di bawah 0.93 iaitu Kelantan 0.92, Selangor 0.92, Negeri Sembilan 0.91, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.90, Perlis 0.90, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.90. Melaka 0.87, Pahang 0.87, Sabah 0.84, Wilayah Persekutuan Labuan 0.74 dan…
Read MoreBerita pilihan
25.9 juta lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 28 Dis. – Sebanyak 120,092 individu melengkapkan suntikan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu yang mendapatkan dos itu meningkat kepada 5,577,262. Menurut data portal COVIDNOW, sebanyak 78.4 peratus atau 25,589 daripada populasi keseluruhan lengkap divaksinasi manakala 79.6 peratus atau 25,980,984 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa, seramai 22,841,604 individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan manakala 98.9 peratus atau 23,139,400 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,747,938 individu atau 87.3 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.3 peratus atau 2,841,584 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.…
Read More35 lagi kematian Covid-19
PUTRAJAYA 28 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 35 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,369 orang, daripada 2.73 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 35 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 42,917 kes aktif Covid-19 di…
Read MoreMedia Hari Ini 28.12.2021
Lonjakan kes di Arab Saudi
RIYADH 27 Dis. – Kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus melonjak apabila merekodkan 524 kes baharu hari ini berbanding 389 kes yang direkodkan semalam. Sebelum ini, pada 24 Disember, sebanyak 332 kes direkodkan, berbanding hari sebelumnya sebanyak 287 kes. Jumlah kes harian mula menunjukkan peningkatan berbanding beberapa minggu sebelumnya yang merekodkan angka di bawah 100 dan 50 kes. Pada 10 Disember, angka yang direkodkan adalah 48 dan naik kepada 53 pada hari berikutnya, naik kepada 64 pada 13 Disember, 88 kes 15 Disember, dan 116 kes pada 18…
Read More318 kes baharu di Filipina
MANILA 27 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 318 kes baharu Covid-19.menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,838,792. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 255 pesakit sembuh menjadikan jumlah mereka yang pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 2,778,002 orang. Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,211 orang apabila 11 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula sebanyak 9,579 naik sedikit berbanding 9,522 yang direkodkan semalam.
Read MoreKluster mangsa banjir dikesan
PUTRAJAYA 27 Dis. – Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster komuniti pertama melibatkan penularan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan hari ini dan ia melibatkan sebuah PPS dalam daerah Bentong, Pahang. Menurutnya, kes indeks bagi Kluster Karak Setia itu merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia yang dikesan positif pada 19 Disember 2021 melalui saringan individu bergejala. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kes mula bergejala demam, batuk, selesema, dan hilang deria bau sejak 18 Disember 2021. Sehingga 27 Disember…
Read More