Kluster varian Omicron di Thailand

BANGKOK 24 Dis. – Thailand melaporkan kluster varian Omicron pertama di wilayah Kalasin dengan sekurang-kurangnya 22 jangkitan baharu dikesan daripada kluster ini, demikian menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA). Jangkitan itu berpunca daripada pasangan suami isteri berusia 47 tahun, yang tiba dari Belgium dan memasuki Thailand melalui program “Test & Go”.  Pasangan yang telah lengkap vaksinasi itu diuji negatif Covid-19 sebaik tiba pada awal Disember dan kemudiannya mengalami gejala dan disahkan positif seterusnya  diuji positif untuk varian Omicron. Menantu mereka berusia 22 tahun yang tinggal di Udon Thani juga diuji positif varian Omicron…

Read More

Malaysia catat 3,528 kes baharu

PUTRAJAYA 24 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 3,528 kes positif baharu Covid-19, setakat tengah hari ini berbanding 3,510 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,735,241 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 3,425 kes tempatan, sebanyak 3,247 melibatkan warganegara dan 178 bukan warganegara manakala 103 kes import melibatkan 90 warganegara dan 13 bukan warganegara. Sebanyak 339 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 261 kes disahkan Covid-19, 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. Jumlah kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 180 kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 24 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.90 berbanding 0.91 semalam. Tujuh negeri merekodkan kadar lebih tinggi tetapi tidak melepasi 1.00,  didahului Terengganu 0.99, Johor 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perak masing-masing 0.94 dan Selangor 0.90. Sembilan lagi negeri merekodkan di bawah 0.90 iaitu Negeri Sembilan 0.89, Perlis, Pahang dan Kelantan 0.88, Kedah 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.85, Melaka 0.85, Sabah 0.82, Sarawak 0.74

Read More

Pak Menteri pulanglah segera

BENTONG 24 Dis. – Batalkan percutian, balik segera. Itu saranan Ismail Sabri Yaakob kepada Menteri Kabinet yang merancang untuk bercuti dan sedang bercuti Perdana Menteri, berkata, mana-mana menteri yang sedang berada di luar negara, juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera. “Saya dapat banyak soalan mengenai Menteri-Menteri Kabinet yang ada bercuti, jadi mereka yang masih belum bercuti batalkan percutian masing-masing. Mana ada di luar negara balik segera,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di sini, hari in Menurut Ismail Sabri beliau juga terpaksa…

Read More

22.8 juta dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 24 Dis. – Sebanyak 97.5 peratus atau 22,831,57 daripada individu populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW memaklumkan sejumlah 98.8 peratus atau 23,132,540 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.3 peratus atau 25,574,462 telah lengkap vaksinasi manakala 79.5 peratus atau 25,971,365 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, 87.1 peratus atau 2,742,885 individu remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,838,825 individu atau 90.1…

Read More

44 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Dis. – Sebanyak 44 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi, termasuk 10 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 31,265 dengan 6,316 membabitkan BID. Data COVIDNOW menunjukkan Perak mencatatkan kematian tertinggi semalam iaitu 14 kes termasuk satu kes BID  disusuli tujuh di Pulau Pinang; enam termasuk dua BID di Selangor; dan masing-masing empat kematian di Terengganu dan Kuala Lumpur. Tiga kematian direkodkan di Kelantan, manakala dua lagi di Pahang dan masing-masing satu di Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah. Tiada kematian akibat COVID-19…

Read More