Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 24 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.90 berbanding 0.91 semalam.

Tujuh negeri merekodkan kadar lebih tinggi tetapi tidak melepasi 1.00,  didahului Terengganu 0.99, Johor 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perak masing-masing 0.94 dan Selangor 0.90.

Sembilan lagi negeri merekodkan di bawah 0.90 iaitu Negeri Sembilan 0.89, Perlis, Pahang dan Kelantan 0.88, Kedah 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.85, Melaka 0.85, Sabah 0.82, Sarawak 0.74

Related posts

Leave a Comment