Malaysia catat 3,528 kes baharu

PUTRAJAYA 24 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 3,528 kes positif baharu Covid-19, setakat tengah hari ini berbanding 3,510 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,735,241 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 3,425 kes tempatan, sebanyak 3,247 melibatkan warganegara dan 178 bukan warganegara manakala 103 kes import melibatkan 90 warganegara dan 13 bukan warganegara.

Sebanyak 339 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 261 kes disahkan Covid-19, 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Jumlah kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 180 kes (117 kes disahkan Covid-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Sebanyak empat kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 6,098 kluster manakala 5,869 kluster telah tamat dan 229 masih aktif.

Daripada 3,528 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 66 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,462 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Related posts

Leave a Comment