Pak Menteri pulanglah segera

BENTONG 24 Dis. – Batalkan percutian, balik segera. Itu saranan Ismail Sabri Yaakob kepada Menteri Kabinet yang merancang untuk bercuti dan sedang bercuti

Perdana Menteri, berkata, mana-mana menteri yang sedang berada di luar negara, juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera.

“Saya dapat banyak soalan mengenai Menteri-Menteri Kabinet yang ada bercuti, jadi mereka yang masih belum bercuti batalkan percutian masing-masing. Mana ada di luar negara balik segera,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di sini, hari in

Menurut Ismail Sabri beliau juga terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand yang sepatutnya diadakan pada 28 hingga 30 Disember bagi memberi tumpuan kepada isu banjir yang melanda rakyat ketika ini.

Beliau berkata, perbincangan urusan dua hala antara Malaysia dan Thailand itu akan dibawa ke tarikh lain yang akan diumumkan kelak.

Pada sidang media itu, Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan pengurusan bencana kerajaan negeri Pahang dan majlis daerah dalam mengendalikan urusan banjir di negeri itu.

Dalam pada itu beliau menghargai sumbangan daripada syarikat berkaitan kerjaaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang menyumbang RM75.8 juta sehingga hari ini.

Katanya, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga telah menyumbang RM5 juta bagi membantu mangsa banjir.

“Sekarang bukan beli makanan, tetapi keperluan rumah dan duit ini akan digunakan untuk bantu mangsa banjir bila mereka pulang ke rumah masing-masing kelak,” katanya.

Related posts

Leave a Comment