Sembilan kes masuki fasa endemik

BERAKAS 15 Dis. – Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini memasuki fasa endemik dengan merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 15,372. Jumlah itu menunjukkan peningkatan kes berbanding semalam, NBD mencatatkan satu kes Covid-19,  angka terendah sejak gelombang kedua penularan wabak tersebut menular pada awal Ogos tahun ini. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar pada sidang media hari ini berkata, kes jangkitan hari ini adalah hasil daripada 3,781 ujian makmal yang dijalankan dalam tempoh 24 jam. Tiada kes dalam kategori 4 dan satu kes kategori 5 dilaporkan manakala tiada…

Read More

Kes di Thailand meningkat semula

BANGKOK 15 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan semula apabila merekodkan 3,370 kes baharu berbanding 2,862 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,178,276. Pada masa yang sama 29 kematian dilaporkan berbanding 37 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 21,260 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,259 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan 111 dalam kalangan banduan penjara. Bangkok merekodkan 583 kes baharu diikuti Chon Buri 172, Nakhon Si Thammarat 150, Samut Prakan 140, Songkhla 135, Pattani 117, Surat Thani 97, Chiang…

Read More

Omicron kini di 77 negara

GENEVA 15 Dis. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara di seluruh dunia mengambil tindakan segera selepas Omicron mula merebak pantas di kebanyakan negara, kata Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau berkata, varian itu kini dilaporkan menular di 77 negara dan kemungkinan sudah merebak ke kebanyakan negara tanpa dikesan pada kadar yang tidak pernah dilihat mana-mana varian sebelum ini. WHO semalam memberi amaran supaya berwaspada apabila Afrika mencatatkan peningkatan kes sepanjang minggu lalu, tetapi jumlah kematian yang lebih rendah berbanding gelombang sebelumnya. Badan dunia itu menggesa semua negara bertindak pantas…

Read More

Filipina tambah 237 kes baharu

MANILA 15 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 237 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,836,915. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 565 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,776,273 orang pulih daripada Covid-19. Sementara itu jumlah kematian meningkat kepada 50,449 orang apabila 100 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula turun sedikit kepada 10,193 berbanding 10,526 yang dilaporkan semalam.

Read More

Penurunan kes di Malaysia

PUTRAJAYA 15 Dis. – Kes harian Covid-19 di negara ini kembali berada di bawah paras 4,000 apabila merekodkan 3,900 kes setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat 2,703,140 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Semalam Malaysia merekodkan 4,097 kes berbanding sebelumnya 3,504 (13 Dis.) dan 3,490 (12 Dis.).

Read More

Peningkatan kes di NSW Australia

SYDNEY 15 Dis. – Negeri paling ramai penduduk di Australia, New South Wales, mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi Covid-19 dalam masa lebih dari dua bulan ketika pihak berkuasa cuba memerangi varian Omicron yang pantas menular. Ini meskipun New South Wales membuat persiapan untuk menarik semula hampir kesemua sekatan. Semalam negeri itu merekodkan 804 jangkitan baharu dalam masa 24 jam sehingga 8 malam, peningkatan 50 peratus dari hari sebelumnya. Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 1,360 hari ini dengan satu kematian. Dalam usaha mengekang penularan Omicron, kerajaan Australia memutuskan untuk mengurangkan tempoh…

Read More

Pelitup muka wajib di England

PELITUP muka diwajibkan di semua tempat awam tertutup di England berikutan penggubal undang-undang Britain meluluskan peraturan-peraturan baharu berkaitan Covid-19 bagi mengekang penularan varian Omicron. Usul itu diluluskan dengan 441 undi menyokong, manakala 41 undian menolak. Selain itu, turut dipersetujui, pengenalan pas Covid-19 ketika acara besar diadakan di England yang menerima 269 undi menyokong dan 126 undi menolak. Ia menghendaki bukti vaksinasi atau keputusan negatif ujian saringan Covid-19 ditunjukkan sebelum seseorang dibenarkan memasuki kelab malam atau acara yang melibatkan kelompok yang ramai dan sesak. Bagaimanapun Perdana Menteri Boris Johnson berdepan tekanan…

Read More

Itali lanjut darurat hingga 31 Mac

ROM: Kerajaan Itali meluluskan dekri untuk melanjutkan tempoh darurat yang sepatutnya berakhir 31 Disember ini kepada tiga bulan lagi sehingga 31 Mac 2022 berikutan pandemik Covid-19. Dekri itu membolehkan kerajaan pusat mengekalkan sekatan antivirus terkini yang dilaksanakan untuk membendung gelombang pandemik keempat ketika cuti Krismas dan Tahun Baharu. Antara peraturan yang ditetapkan adalah  mewajibkan “pas hijau khas” untuk masuk ke tempat awam seperti restoran dan bar, pawagam, gim, kelab malam dan stadium sekurang-kurangnya dari 6 Disember hingga 15 Januari. Pas khas itu menunjukkan bukti seseorang telah divaksin atau pulih daripada…

Read More

3.9 juta individu terima dos penggalak

PUTRAJAYA 15 Dis. – Jumlah penerima dos penggalak meningkat kepada 3,944,858 orang setakat ini termasuk 152,707 dos yang diberikan semalam. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, secara keseluruhan sebanyak 161,828 dos vaksin harian diberikan semalam. Sebanyak 97.4 peratus atau 22,794,361 populasi dewasa sudah lengkap mendapatkan vaksin masing-masing manakala 98.7 peratus atau 23,107,125 sudah menerima satu dos. Manakala 78.2 peratus atau 25,522,460 individu populasi keseluruhan sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksin dan 79.5 peratus atau 25,935,479 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, bagi populasi remaja dan kanak-kanak berusia 12 hingga 17…

Read More