3.9 juta individu terima dos penggalak

PUTRAJAYA 15 Dis. – Jumlah penerima dos penggalak meningkat kepada 3,944,858 orang setakat ini termasuk 152,707 dos yang diberikan semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, secara keseluruhan sebanyak 161,828 dos vaksin harian diberikan semalam.

Sebanyak 97.4 peratus atau 22,794,361 populasi dewasa sudah lengkap mendapatkan vaksin masing-masing manakala 98.7 peratus atau 23,107,125 sudah menerima satu dos.

Manakala 78.2 peratus atau 25,522,460 individu populasi keseluruhan sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksin dan 79.5 peratus atau 25,935,479 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, bagi populasi remaja dan kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 86.7 peratus atau 2,728,099 sudah lengkap mendapatkan vaksin mereka, manakala 89.9 peratus atau 2,828,354 sudah menerima satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment