PM Lee ucap selamat berpuasa

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsein Loong, mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam di negara Itu dengan harapan mereka memahami usaha kerajaan bagi menghapuskan wabak Covid-19 serta melindungi masyarakat.

Beliau mengakui bulan Ramadan tahun ini amat berbeza kerana masyarakat Muslim setempat tidak dapat melakukan kegiatan ibadah dan berbuka puasa seperti Ramadan sebelum ini ekoran langkah pemutus litar Covid-19 yang dilanjutkan sehingga 1 Jun ini.

“Rakan-rakan Muslim kita tidak dapat mengerjakan ibadah secara berkumpulan di masjid seperti sembahyang Tarawih kerana masjid-masjid masih ditutup. Mereka juga tidak dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama sanak-saudara dan kenalan seperti yang biasa diamalkan,” katanya.

Dalam catatan di Facebook pada Khamis 23 April, beliau yang menyertakan gambar Masjid Sultan di Arab Street berharap agar Ramadan yang berbeza tahun ini dapat menyediakan waktu buat renungan dan peluang beribadah bersama keluarga terdekat.

Beliau juga gembira bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah menyediakan pelbagai wadah dan bahan-bahan dalam talian, seperti SalamSG TV, untuk menyemarakkan semangat Ramadan.

Lee pada 21 April, mengumumkan langkah pemutus litar yang lebih ketat bagi mengekang pandemik Covid-19 akan disambung empat minggu lagi sehingga 1 Jun 2020. Semua sambutan dan aktiviti keagamaan tidak dibenarkan sewaktu litar yang bermula pada 7 April.

Sehingga tengah Khamis, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan 1,037 kes baru jangkitan-19 di republik itu,

Related posts

Leave a Comment