Pas gesa pengundi tidak undi PH

KUALA LUMPUR 29 Jun – Pas menggesa pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PH. Gesaan itu adalah antara lima ketetapan yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Abdul Hadi Awang, di sini hari ini. Abdul Hadi menerusi satu kenyataan berkata, Pas turut menegaskan komitmennya mempertahankan kuasa politik Melayu dan Islam di Johor menerusi pilihan raya yang akan berlangsung pada 11…

Read More

Putra jangka BN kekal Johor

SEPANG 29 Jun  – Putra menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor 11 Julai ini lebih-lebih lagi UMNO bukan sekadar sebuah parti tetapi menjadi sebahagian daripada sejarah keluarga dan jiwa politik orang Johor. Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, beliau juga menjangkakan DAP akan terus mempertahankan sebahagian besar kawasan tradisinya khususnya di kawasan bandar manakala Bersatu PN akan menjadi pembangkang. Katanya, Putra yang tidak bertanding menyatakan sokongan terbuka kepada 16 calon Bersatu sebagai rakan strategik dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), yang turut…

Read More

Bahan api cukup hingga Ogos

KUALA LUMPUR 29 Jun – Bekalan bahan api negara ketika ini mencukupi sehingga Ogos depan, manakala bekalan beras termasuk stok penimbal pula mampu menampung keperluan negara bagi tempoh antara lima hingga enam bulan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kerajaan juga sedang berusaha memastikan bekalan bahan api terus terjamin bagi memastikan aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik, perniagaan serta sektor kritikal tidak terjejas. “Bekalan makanan asas seperti ayam, telur, ikan, susu dan buah-buahan pula mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan,” katanya pada sesi penerangan mengenai krisis bekalan global di Dewan…

Read More

Mampu tampung 223,560 penumpang sehari

KUALA LUMPUR 29 Jun – Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) mampu menampung anggaran 223,560 penumpang sehari dengan anggaran 6,210 penumpang setiap jam dan arah (PPHPD) bagi 22 set tren tiga gerabak yang beroperasi bagi laluan itu. Timbalan Menteri Pengangkutan,  Hasbi Habibollah, berkata, ini antara lain menjadikan unjuran jumlah perjalanan penumpang harian membabitkan 67,000 pengguna sehari, pada tahun pembukaan perkhidmatan LRT3. Beliau menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai kelewatan dan pertambahan kos pelaksanaan projek LRT yang menimbulkan persoalan terhadap kecekapan kerajaan mengurus projek pengangkutan awam. Perkhidmatan LRT3…

Read More

10,000 dijangka guna LRT3 Shah Alam

SHAH ALAM 29 Jun – Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dijangka mencatatkan anggaran kira-kira 10,000 penumpang pada hari pertama pelancaran operasinya hari ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Amir Hamdan berkata, jangkaan itu berdasarkan sambutan menggalakkan orang ramai sejak perkhidmatan itu bermula pada pukul 6 pagi. Menurut beliau, setakat ini operasi berjalan lancar dengan kekerapan tren ketika waktu puncak dikekalkan sekitar lapan minit tanpa sebarang isu teknikal yang serius. “Saya melihat dari sudut jangkaan, mungkin boleh mencapai 5,000 hingga 10,000 penumpang untuk…

Read More

Hasina ikrar pulang ke Bangladesh

NEW DELHI – Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang sedang dalam buruan dan dijatuhkan hukuman mati secara ‘in absentia’ pada November tahun lalu berikrar akan pulang ke negaranya pada tahun ini. Menurut temu bual disiarkan, semalam, Hasina, 78 yang melarikan diri ke negara jiran, India, pada Ogos 2024 membuat kenyataan itu beberapa bulan selepas dijatuhi hukuman mati atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan. Hasina melarikan diri selepas kebangkitan diterajui pelajar menamatkan pemerintahan ‘kuku besi’ selama 15 tahun oleh beliau. Dalam temu bual dengan penyiar India, NDTV, Hasina yang tidak gentar…

Read More

1,000 maut kibat gelombang haba

ISTANBUL – Angka awal yang dikeluarkan pada Ahad (28 Jun) oleh Pejabat Kesihatan Awam Perancis merekodkan lebih 1,000 kematian sejak 24 Jun apabila gelombang haba luar biasa melanda sebahagian besar negara itu. Data berkenaan, yang masih bersifat sementara, menunjukkan peningkatan ketara dalam kadar kematian sepanjang tempoh gelombang haba, dengan majoriti peningkatan kematian membabitkan individu berusia 65 tahun ke atas. Agensi itu turut melaporkan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam jumlah kematian yang berlaku di rumah. Menteri Kesihatan Perancis, Stephanie Rist, sebelum ini memberi amaran bahawa kesan kesihatan akibat gelombang haba masih…

Read More