Kadar kebolehjangkitan 0.97

PUTRAJAYA 27 Nov. – Selepas dua hari berturut-turut mencatatkan 0.99, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught semalam turun kepada 0.97.

Sebanyak 13 negeri mengatasi kadar purata kebangsaan sementara tiga lagi di bawah kadar tersebut.

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.22 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.04, Kedah 1.04, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.03, Pulau Pinang 1.03, Selangor 1.02, Perak 1.02, Pahang 1.01, Melaka 1.01, Johor 1.00.

Sabah, Kelantan dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.98.

Negeri Sembilan merekodkan 0.94, Perlis 0.88 dan Sarawak 0.78.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment