Kes harian Indonesia 404

JAKARTA 27 Nov. – Sebanyak 404 kes positif harian direkodkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,255,672 orang dengan kes aktif pula sebanyak 8,226. Pada masa yang sama 11 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 143,807 meninggal dunia sejak pandemik bermula. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,103,639 orang apabila 260 orang lagi pesakit dilaporkan pulih. Terdapat lima provinsi merekodkan pertambahan pesakit sembuh iaitu Jakarta 86 orang dan kumulatifnya 849,748 diikuti Jawa Tengah 32 (454,729), Jawa Barat 31 (691,903), Yogyakarta 30 (150.921) dan Jawa Timur…

Read More

Maszlee Malik sertai PKR

KLUANG 27 Nov. – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini pada program Jelajah Presiden yang dihadiri Presiden PKR, Anwar Ibrahim di Dewan JKKK Kampung Baru Machap, di sini. Bekas Menteri Pendidikan itu menyifatkan penyertaan dalam PKR itu ibarat sirih pulang ke gagang apabila mendedahkan pernah didaftarkan sebagai ahli parti itu bagi Cabang Ampang pada 2017. “Sementelahan Keadilan berada dalam situasi dan populariti yang tidak begitu menggalakkan pada waktu ini terutamanya selepas kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, saya terpanggil melakukan sesuatu untuk…

Read More

Jumlah kes di Filipina kini 2,831,177.

MANILA 27 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 899 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,831,177. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 188 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 48,205 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,765,920 orang termasuk 1,667 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Sementara itu jumlah kes aktif turun sedikit kepada 17,052 orang berbanding 17,853 yang direkodkan semalam.

Read More

BN, PN tidak sertai PRN Sarawak

BARISAN Nasional (BN) dan Bersatu, komponen Perikatan Nasional (PN) tidak akan menurunkan sebarang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini. Ini kali pertama BN tidak menurunkan calon selepas pada PRN Sarawak 2016, BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi. Bagaimanapun, berikutan kekalahan BN dalam PRU 2018, BN Sarawak dibubarkan dan parti komponennya menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Bersatu salah satu komponen PN sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi GPS menganggap hasrat itu sudah terlambat. Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim…

Read More

52.6 juta dos sudah disuntik

PUTRAJAYA 27 Nov. – Sebanyak 113,741 suntikan vaksin diberikan semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 52,666,489 dos. Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 6,376 lengkap divaksin dan 4,929 penerima dos pertama menjadikan 25,071,685 atau 76.8 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi. Sebanyak 102,436 dos penggalak vaksin Covid-19 juga diberikan kepada kumpulan sasar, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 2,059,277 dos. Sementara itu, sebanyak 651,973 (dua peratus) pula belum lengkap divaksin dan 7,317,045 (22.4 peratus) lagi tiada vaksinasi. Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus populasi remaja berusia…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.97

PUTRAJAYA 27 Nov. – Selepas dua hari berturut-turut mencatatkan 0.99, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught semalam turun kepada 0.97. Sebanyak 13 negeri mengatasi kadar purata kebangsaan sementara tiga lagi di bawah kadar tersebut. Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.22 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.04, Kedah 1.04, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.03, Pulau Pinang 1.03, Selangor 1.02, Perak 1.02, Pahang 1.01, Melaka 1.01, Johor 1.00. Sabah, Kelantan dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.98. Negeri Sembilan merekodkan 0.94, Perlis 0.88 dan Sarawak 0.78. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini…

Read More

Kos haji dijangka lebih RM30,000

KOTA BHARU 27 Nov. –  Kos mengerjakan haji dijangka meningkat kepada lebih RM30,000, naik sehingga 50 peratus berbanding sebelum ini RM23,000, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary. Beliau berkata peningkatan itu disebabkan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya. Bagaimanapun katanya, jumlah tepat yang akan diputuskan akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah. Selain peningkatan VAT, kos turut meningkat disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu susulan pandemik Covid-19. “Sebagaimana…

Read More

Larangan perjalanan tidak digalak

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan kepada negara-negara yang melaksanakan larangan atau sekatan perjalanan susulan penemuan varian baharu Covid-19. Sebaliknya WHO berpendapat, kerajaan perlu mengambil risiko berdasarkan pendekatan saintifik. Jurucakapnya Christian Lindmeier menegaskan, ia bimbang dengan tindakan mengenakan larangan perjalanan dan pada ketika ini, larangan perjalanan tidak digalakkan. “WHO mengesyorkan agar negara-negara terus menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan saintifik apabila melaksanakan larangan perjalanan,” katanya di Geneva. Terdahulu, WHO mengadakan rundingan dengan pakar bagi membuat penilaian risiko tentang variant of interest (VOI) dan variant of concern (VOC). Penilaian dijangka mengambil masa…

Read More

B.1.1.529 – kini dikenali Omicron

GENEVA: Kumpulan penasihat bebas yang memantau evolusi virus Covid-19 menasihati Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa varian B.1.1.529 — kini dinamakan ‘Omicron’ — ditetapkan sebagai ‘varian yang membimbangkan’. Omicron, B.1.1.529, diklasifikasi sebagai varian yang membimbangkan kerana ia mempunyai sejumlah besar mutasi dan beberapa mutasi ini mempunyai beberapa ciri yang membimbangkan. Kumpulan itu bertemu pada Jumaat untuk menilai penemuan semasa varian baharu yang pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan. Setakat ini, terdapat sedikit maklumat, tetapi kajian itu sedang dijalankan, di Afrika Selatan dan di negara lain untuk mencirikan varian itu sendiri dengan…

Read More