Jumlah kes di Filipina kini 2,831,177.

MANILA 27 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 899 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,831,177.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 188 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 48,205 orang meninggal dunia.

Pada masa yang sama kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,765,920 orang termasuk 1,667 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Sementara itu jumlah kes aktif turun sedikit kepada 17,052 orang berbanding 17,853 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment