11 dilantik sebagai Exco

MELAKA 26 Nov. – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Ab Rauf Yusof adalah antara 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini. Pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco Negeri Melaka hari ini, Ab Rauf mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri,. Ab Rauf, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam.…

Read More

Rentas negeri catat peningkatan kes

PUTRAJAYA 26 Nov. – Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes Covid-19 susulan kebenaran merentas negeri yang dilaksanakan bermula 11 Oktober lalu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Dalam tempoh yang sama, sehingga semalam, empat kluster dilaporkan berpunca daripada aktiviti sosial, iaitu sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan. Kluster Bukit Kuda di Labuan membabitkan majlis pertunangan, Kluster Muhibbah di Kota Tinggi, Johor (majlis tahlil), Kluster Kimolohing di Ranau, Sabah (majlis sambutan hari jadi) dan Kluster Kampung Batu 66 juga di Sabah (kenduri kematian). Menurut Khairy, enam negeri iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu,…

Read More

Ujian saringan murid sekolah rendah

PUTRAJAYA 26 Nov. – Mulai Isnin ini, murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 mingguan secara bergilir, bagi mengelakkan wujudnya kluster pendidikan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ujian terbabit adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan. “Ujian ini perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10 peratus sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah,” katanya pada sidang media hari ini. Khairy berkata, murid terbabit akan menjalani ujian saringan secara bergilir kepada sampel berbeza setiap minggu bagi melihat wujud kesan gejala atau sebaliknya. “Kalau bergejala, sudah tentu mesti buat ujian tetapi kalau…

Read More

Solat berjemaah di masjid, surau

SOLAT berjemaah di masjid merupakan cara yang paling baik dan afdhal bagi seseorang untuk mendirikan solat. Selain itu, Rasulullah SAW banyak menyebutkan tentang kelebihan berjalan kaki untuk solat berjemaah di masjid. Antaranya, Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap langkahan seseorang ke masjid merupakan sedekah. “Dan pada setiap langkah untuk menuju solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah,” Hadis riwayat al-Bukhari (2891) dan Muslim (1009) “Solat seseorang daripada kalangan kamu bersama dengan jemaah melebihi solatnya di tempat kerja atau rumahnya sebanyak 20 lebih kali ganda. Ini kerana ia memperelokkan wuduknya, kemudian dia pergi…

Read More

Dos penggalak bagi dewasa Perancis

PARIS: Perancis merancang untuk memberikan suntikan penggalak Covid-19 kepada semua populasi dewasa di negara itu. Keputusan itu sebagai sebahagian langkah untuk mengelakkan sekatan pergerakan dan perintah berkurung bagi memerangi jangkitan yang membimbangkan. Menteri Kesihatan, Olivier Veran berkata, pas Covid-19 yang diperlukan di banyak lokasi tertutup di seluruh negara akan menjadi tidak sah jika seseorang itu tidak menerima dos penggalak. Beliau berkata Perancis mempunyai vaksin yang mencukupi untuk melancarkan dos penggalak di seluruh negara. Veran juga menetapkan beberapa langkah termasuk penggunaan pelitup muka di kawasan awam. Beliau juga mengumumkan pengurangan jarak…

Read More

95.9 % dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 26 Nov. – Sebanyak 95.9 peratus atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98 peratus atau 22,944,240 individu bagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 87.7 peratus atau 2,762,739 individu bagi kadar populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 82.8 peratus atau 2,607,392  lengkap divaksinasi. Sementara itu , 138,752 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 8,428 suntikan dos lengkap, 5,067 menerima dos pertama…

Read More

Lagi wakil rakyat lompat ke Bersatu

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Bersatu menerima seorang lagi wakil rakyat yang melompat parti apabila Ahli Parlimen Lahad Datu Mohammadin Ketapi yang sebelum ini keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) sah menyertai parti berkenaan. Untuk rekod, Bersatu sebelum ini menerima kemasukan anggota Parlimen dari UMNO dan PKR yang melompat parti. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan malam tadi, berkata penerimaan itu diputuskan menerusi mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam. “Mesyuarat Khas MPT Bersatu sudah memperakukan dan menerima permohonan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan…

Read More

Sabah belum capai imuniti kelompok

KOTA KINABALU 26 Nov. – Sabah belum mencapai imuniti kelompok atau 80 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19 dengan pencapaian terkini 75.44 peratus atau 2,081,073 penduduk dewasa setakat kelmarin. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 76.31 peratus atau 2,105,061  daripada jumlah penduduk dewasa sudah menerima satu dos vaksin. Sementara kumulatif penduduk Sabah yang sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat 24 November lalu adalah seramai 2,438,616 orang meliputi 2,105,061 penduduk dewasa atau 76.31 peratus. Bagi penduduk yang menerima dos lengkap pula, seramai 2,387,066…

Read More

48 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 48 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 30,195 orang daripada 2.6 juta kes positif. Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 48 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 mengambil masa. Sementara itu, terdapat 68,755 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah…

Read More