11 dilantik sebagai Exco

MELAKA 26 Nov. – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Ab Rauf Yusof adalah antara 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini.

Pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco Negeri Melaka hari ini, Ab Rauf mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri,.

Ab Rauf, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Beliau dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan,

Ini disusuli Muhammad Jailani Khamis (Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan),  Rahmad Mariman (Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir) dan Zaidi Atan (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar,

Turut mengangkat sumpah, Abdul Razak Abdul Rahman ( Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani), V P Shanmugam (Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kalsom Nordin (Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan).

Dr Muhamad Akmal Saleh (Kesihatan dan Anti Dadah), Rais Yasin ( Pendidikan dan Teknologi), dan Ngwe Hee Sem (Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna) turut mengangkat sumpah pada istiadat itu.

Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, pada istiadat itu turut memberi ucap taat setia dan disusuli bacaan doa oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Sebelas EXCO berkenaan mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15 susulan kemenangan majoriti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu.

Terdahulu Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada awal pagi 20 November, sejurus BN diumumkan menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau turut dilantik sebagai EXCO Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Related posts

Leave a Comment