890 kes baharu di Filipina

MANILA 24 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 890 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,828,660.

Menurut DoH, setakat pukul 4 petang, terdapat 1,710 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,763,114 kes pulih.

Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan dengan 47,682 kes termasuk 200 kematian yang direkodkan hari ini.

Sementara itu, kes aktif yang direkodkan hari ini adalah 17,864 berkurangan sedikit berbanding 18,721 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment