Filipina lapor 1,190 kes baharu

MANILA 17 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,190 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,820,494.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 2,759 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 2,750,531 orang.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 46,117 orang apabila 309 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun daripada 309 kematian itu, hanya 18 berlaku pada November manakala 61 peratus daripada jumlah itu kes pada Oktober yang lewat dilaporkan.

Sementara itu kes aktif pula adalah sebanyak 23,846 kurang daripada 25,464 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment