Singapura lapor 3,474 kes baharu

SINGAPURA 17 Nov. – Jumlah kes harian Covid-19 di Singapura meningkat semula apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,474 kes baharu setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 2,069 semalam. Sebanyak tujuh pesakit dilaporkan meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan Covid-19 itu. Menurut MoH, daripada kes baharu itu, sebanyak 3,320 adalah kes dalam masyarakat, 10 kes import, dan 144 kes di asrama pekerja asing dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 244,815. Bagi kes kematian pula, tujuh kes melibatkan individu berusia 45 hingga 83 tahun di mana kesemua meninggal dunia mengalami pelbagai…

Read More

42 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 17 Nov. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit peningkatan selepas 42 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 37 yang dilaporkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 549,339 dan jumlah kematian pula 8,820 orang. Pada masa yang sama, sebanyak 39 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 538,412 orang. Dalam kalangan pesakit aktif pula, sebanyak 47 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

Indonesia rekod 522 kes baharu

JAKARTA 17 Nov. – Indonesia merekodkan 522 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,251,945 dengan kes aktif 8,390. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,099,857 dengan tambahan 458 lagi pesakit dilaporkan pulih. Manakala 13 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif mencapai 143,698 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Terdapat lima provinsi menambah pesakit didahului Jakarta menambah 172 kes dan kumulatifnya 848,851 orang, Jawa Barat 69 (691,155), Jawa Tengah 52 (454,329), Jawa Timur 34 (369,117) dan Yogyakarta 27 (150,690). Bagi kes positif pula, Jawa Barat menambah 160 kes…

Read More

Filipina lapor 1,190 kes baharu

MANILA 17 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,190 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,820,494. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 2,759 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 2,750,531 orang. Jumlah kematian pula meningkat kepada 46,117 orang apabila 309 lagi dilaporkan meninggal dunia. Bagaimanapun daripada 309 kematian itu, hanya 18 berlaku pada November manakala 61 peratus daripada jumlah itu kes pada Oktober yang lewat dilaporkan. Sementara itu kes aktif pula adalah sebanyak 23,846 kurang daripada 25,464 yang direkodkan semalam.

Read More

Thailand catat 6,524 kes baharu

BANGKOK 17 Nov. – Jika semalam Thailand merekodkan 5,947 kes positif Covid-19, jumlah itu meningkat hari ini apabila mencatatkan 6,524 kes baharu dengan 56 lagi kematian dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,037,224 kes manakala jumlah kematian meningkat kepada 20,199 orang. Semalam sebanyak 7,191 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,925,643. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 6,524 kes baharu itu, sebanyak 6,512 adalah kes tempatan dan 12 kes import dari Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom,…

Read More

87 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 17 Nov. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 87 kes baharu Covid-19 dengan empat kluster baharu dikesan melibatkan 30 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 14,378. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terdapat 31 tambahan kes kepada tujuh kluster aktif sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Katanya, sebanyak 26 kes baharu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan. Beliau berkata jumlah kluster aktif ketika ini adalah 162 dan tiada yang ditutup hari ini manakala semua kluster baharu melibatkan kluster kediaman termasuk asrama…

Read More

Kes melonjak lebih 6,000 kes

PUTRAJAYA 17 Nov. – Kes positif Covid-19 dalam negara kembali melonjak melebihi 6,000 apabila merekodkan 6,288 jangkitan dalam tempoh 24 jam, sehingga 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, berkata, ia menyumbang kepada sejumlah 2,563,153 kes. Untuk rekod, sebelum ini tiga hari berturut-turut jumlah kes harian melebihi 6,000 kes iaitu 6,243 (10 Nov.), 6,323 (11 Nov.) dan 6,517 (12 Nov.) diikuti 5,809 (13 Nov.), 5,162 (14 Nov.), 5,162 (15 Nov.) dan 5,413 semalam. Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata,…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.04

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun kepada 1.04 semalam berbanding 1.05 pada hari sebelumnya . Lapan negeri merekodkan kadar lebih 1.00 dengan empat negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.15. Ini diikuti Negeri Sembilan dengan 1.06, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing 1.05. Di bawah purata kebangsaan pula, Kelantan merekodkan 1.03, Pahang 1.03, Kedah 1.01 dan johor 1.00 Negeri-negeri lain, Sabah 0.99, Perak 0.97, Terengganu 0.96, Pulau Pinang 0.95, Melaka 0.94, Perlis 0.87, Sarawak 0.85. Wilayah Persekutuan Labuan…

Read More

76.6 peratus populasi lengkap vaksin

PUTRAJAYA 17 Nov. – Sebanyak 76.2 peratus atau 24,882,008 individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 78.5 peratus atau 25,625,680 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Dalam tempoh yang sama sebanyak 95.4 peratus atau 22,332,571 daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin dan 97.7 peratus atau 22,882,504 telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,549,437 individu atau 81 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,743,176 individu atau 87.2 peratus mendapat satu dos. Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan…

Read More