42 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 17 Nov. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit peningkatan selepas 42 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 37 yang dilaporkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 549,339 dan jumlah kematian pula 8,820 orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 39 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 538,412 orang.

Dalam kalangan pesakit aktif pula, sebanyak 47 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment