Singapura lapor 3,474 kes baharu

SINGAPURA 17 Nov. – Jumlah kes harian Covid-19 di Singapura meningkat semula apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,474 kes baharu setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 2,069 semalam.

Sebanyak tujuh pesakit dilaporkan meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan Covid-19 itu.

Menurut MoH, daripada kes baharu itu, sebanyak 3,320 adalah kes dalam masyarakat, 10 kes import, dan 144 kes di asrama pekerja asing dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 244,815.

Bagi kes kematian pula, tujuh kes melibatkan individu berusia 45 hingga 83 tahun

di mana kesemua meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada dan jumlah keseluruhan 619 kematian.

Seramai 1,468 pesakit masih dirawat di hospital dan daripada jumlah itu, 242 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 48 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 64 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Related posts

Leave a Comment