79.6 % remaja lengkap dua dos

PUTRAJAYA 14 Nov. – Sebanyak 75.9 peratus atau 24,791,677 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat ini manakala 78.4 peratus atau 25,593,015 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut data portal COVIDNOW, seramai 22,286,520 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa pula telah menerima dua dos suntikan vaksin danĀ 22,858,958 atau 97.6 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,505,157 individu atau 79.6 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,734,057 individu atau 86.9 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 55,703 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,138,954 dos.

Related posts

Leave a Comment