55 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 55 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,631 orang.

daripada 2,535,573 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 65,319 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 50,862 individu atau 77.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,196 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 5,734 kes di hospital dan 527 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 250 memerlukan bantuan pernafasan dan 277 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment