95.2 peratus dewasa dapat dua dos

PUTRAJAYA 12 Nov. – Sebanyak 75.9 peratus atau 24,773,921 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.4 peratus atau 25,587,520 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22,278,477 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 97.7 peratus atau 22,854,725  mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,495,444 individu atau 79.3 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,732,795 individu atau 86.8 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 114,704 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,077,813 dos.

Related posts

Leave a Comment