41 lagi kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 13 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 29,576, daripada 2,529,791 kes positif dalam negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara itu, terdapat 64,277 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 50,063 individu atau 77.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 7,966 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,705 kes dirawat di hospital dan 543 pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 275 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 268 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment