95.1 peratus dewasa terima dua dos

PUTRAJAYA 12 Nov. – Setakat semalam, seramai 24.73 juta individu atau 75.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, manakala 78.3 peratus atau 25.57 juta menerima satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 22.258 juta individu atau 95.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan

97.6 peratus atau 22.843 juta mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,472 individu atau 78.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2.729 juta individu atau 86.7 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 143,662 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50.946 juta dos.

Related posts

Leave a Comment