49 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 12 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 49 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,535.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 14 daripada 49 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 63,827 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 49,714 individu atau 77.9 peratus daripadanya menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 7,945 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,630 kes dirawat di hospital dan 538 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 264 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 274 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment