Kadar kebolehjangkitan naik 0.96

PUTRAJAYA 10 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia meningkat kepada 0.96 semalam berbanding 0.94 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.07, Kuala Lumpur 1.02 dan Selangor 1.01.

Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Perlis 0.99, Pahang 0.99, Kedah 0.98, Kelantan 0.98, Sabah 0.97 dan Melaka 0.96.

Lima negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Pulau Pinang 0.90, Johor 0.89, Sarawak 0.88, Terengganu 0.88 dan Perak 0.85.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan tujuh kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment