BERAKAS 9 Nov. – Sebanyak 5,935 individu di Brunei Darussalam menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Isnin lalu termasuk 5,320 daripada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

Ini menjadikan seramai 361,215 orang menerima satu dos iaitu 84 peratus daripada jumlah penduduk negara manakala 287,951 orang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 iaitu 67 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, orang ramai yang sedang menunggu dan berhajat untuk mendapatkan vaksin dos kedua boleh hadir secara  ‘walk-in’ ke beberapa pusat Vaksinasi yang disediakan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai yang keluar rumah bagi mendapatkan suntikan vaksinasi semasa waktu Operasi Pulih untuk menunjukkan buku vaksinasi sebagai bukti kepada pihak penguat kuasa jika diperlukan.

Related posts

Leave a Comment