KUALA LUMPUR 8 Nov. – Ahli Parlimen Kulai daripada DAP, Teo Nie Ching, memohon maaf kerana menggunakan bingkai gambar profil akaun media sosial mengandungi frasa kurang menyenangkan. Beliau memuat naik bingkai dengan frasa ‘Lahabau Melaka, Jom Undi’ di lama Facebook rasminya, sebagai sebahagian bahan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, bekas Timbalan Menteri Pendidikan kerajaan PH itu mengakui ia jelas satu kesilapan yang memalukan dan berjanji akan lebih berhati-hati sewaktu berkempen. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘lahabau’ adalah…
Read MoreDay: November 8, 2021
Trend penurunan kes Covid-19
PUTRAJAYA 8 Nov. – Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 berakhir pada 6 November lalu mendapati kebanyakan indikator utama menunjukkan trend penurunan kes Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, sehingga 6 November lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 2,501,966 kes kumulatif Covid-19 dengan 65,505 kes aktif dan 29,256 kes kumulatif kematian. Bagaimanapun, katanya, kadar kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan peningkatan dua peratus berbanding minggu epidemiologi ke-43. “Pada ME ke-44 iaitu dari 31 Oktober sehingga 6 November, KKM mendapati kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan…
Read MorePelawat 10 negara kunjungi Thailand
THAILAND merekodkan kehadiran tertinggi pelawat dari 10 negara sebaik sahaja pembukaan semula negara itu. Amerika Syarikat mendahului negara lain dengan merekodkan 2,466 pelawat dalam tempoh 1 hingga 6 November. Berikut kemasukan pelancong dari 10 negara seperti direkodkan lapangan terbang antarabangsa negara itu. 1. Amerika Syarikat, 2,465 2. Jerman , 2,334 3. United Kingdom, 1,376 4. Jepun , 1,258 5. Korea Selatan 906 6. Rusia , 905 7. Switzerland, 838 8. Sweden, 724 people 9. Perancis , 695 10. Emiriyah Arab Bersatu , 542
Read MoreTiga hingga enam penjuru
AYER KEROH 8 Nov. – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan pertandingan antara tiga hingga enam penjuru di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi tadi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, memaklumkan pertembungan enam penjuru direkodkan di tiga kerusi DUN, manakala pertandingan lima penjuru pula di lima kerusi DUN. “Pertandingan tiga penjuru pula akan membabitkan 11 kerusi DUN, manakala empat penjuru direkodkan di sembilan kerusi DUN,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. N01: KUALA LINGGI: MELAKA:…
Read More90 calon parti, 22 Bebas bertanding
AYER KEROH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 112 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas 28 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri itu ditutup pada pukul 10 pagi tadi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata sejumlah 90 calon adalah daripada lima parti politik dan 22 calon Bebas layak bertanding pada PRN Melaka, manakala tiada calon ditolak. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 28 calon diterima masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), lima daripada Parti…
Read More24.5 juta lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 8 Nov. – Sebanyak 75.2 peratus atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin Covid-19 sehingga 11.59 malam tadi. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 94.8 peratus atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga lengkap menerima dos vaksin. Data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, menunjukkan sejumlah 97.4 peratus atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Semalam, sebanyak 38,027 dos suntikan vaksin diberikan melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak. Ini menjadikan jumlah kumulatif vaksin…
Read MoreBerita pilihan…
2,553 kes, 17 kematian di Singapura
SINGAPURA 8 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,553 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat tengah hari semalam (Ahad) menjadikan jumlah keseluruhan 218,333 kes. Angka itu menunjukkan penurunan kes harian berbanding 3,035 kes yang dilaporkan pada hari Sabtu. Sebanyak 17 lagi pesakit berusia 45 – 89 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 497 orang. Menurut MoH, terdapat 2,343 kes baharu dalam masyarakat, lima kes import, dan 205 kes di asrama pekerja asing. MoH menyatakan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.81, merosot daripada…
Read MoreKadar kebolehjangkitan 0.92
PUTRAJAYA 8 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia kembali kepada 0.92 sama seperti 5 November lalu berbanding 0.91 pada hari sebelumnya. Sepuluh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana dua negeri merekodkan kadar tertinggi iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.03 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00. Ini diikuti Selangor 0.99, Sabah 0.97, Negeri Sembilan 0.97, Pahang 0.97, Melaka 0.96, Kedah 0.95, Perlis 0.93 dan Kelantan 0.92. Lima negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Pulau Pinang 0.90, Johor 0.89, Sarawak 0.88, Terengganu 0.86, dan Perak 0.83. Wilayah…
Read More