Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 8 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia kembali kepada 0.92 sama seperti 5 November lalu berbanding 0.91 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana dua negeri merekodkan kadar tertinggi iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.03 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00.

Ini diikuti Selangor 0.99, Sabah 0.97, Negeri Sembilan 0.97, Pahang 0.97, Melaka 0.96, Kedah 0.95, Perlis 0.93 dan Kelantan 0.92.

Lima negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Pulau Pinang 0.90, Johor 0.89, Sarawak 0.88, Terengganu 0.86, dan Perak 0.83.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 14 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment