2,553 kes, 17 kematian di Singapura

SINGAPURA 8 Nov. –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,553 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat tengah hari semalam (Ahad) menjadikan jumlah keseluruhan 218,333 kes.

Angka itu menunjukkan penurunan kes harian berbanding 3,035 kes yang dilaporkan pada hari Sabtu.

Sebanyak 17 lagi pesakit berusia 45 – 89 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 497 orang.

Menurut MoH, terdapat 2,343 kes baharu dalam masyarakat, lima kes import, dan 205 kes di asrama pekerja asing.

MoH menyatakan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.81, merosot daripada 0.83 pada Sabtu.

Kadar itu merujuk pada nisbah kes masyarakat dalam minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sebanyak 1,654 pesakit dimasukkan ke hospital di mana 296 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 70 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan 64 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Sebanyak 2,926 kes dibenarkan pulang dengan 420 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 85 peratus telah lengkap dua dos dan 86 peratus menerima satu dos manakala 18 peratus telah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment