90 calon parti, 22 Bebas bertanding

AYER KEROH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 112 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas 28 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri itu ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata sejumlah 90 calon adalah daripada lima parti politik dan 22 calon Bebas layak bertanding pada PRN Melaka, manakala tiada calon ditolak.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 28 calon diterima masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), lima daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan seorang calon mewakili Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).

Related posts

Leave a Comment