24.5 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 8 Nov. – Sebanyak 75.2 peratus atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin Covid-19 sehingga 11.59 malam tadi.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 94.8 peratus atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga lengkap menerima dos vaksin.

Data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, menunjukkan sejumlah 97.4 peratus atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 38,027 dos suntikan vaksin diberikan melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,402,399.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,357,922 atau 74.9 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3 peratus atau 2,715,817 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 506,236.

Related posts

Leave a Comment