95.7 peratus dewasa terima dua dos

PUTRAJAYA 4 Nov. – Sebanyak 95.7 peratus atau 22,409,335 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala  97.8 peratus atau 22,891,080 lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi tempoh yang sama,  seramai 24,607,296 individu atau 75.3 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 78.1 peratus atau 25,513,386 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,197,961 individu atau 69.8 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,622,306 individu atau 83.3 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan Program Imunisasi mengikut Negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 114,573 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu adalah sebanyak 50,420,916 dos.

Related posts

Leave a Comment